web widgets

Sunday, April 12, 2015

Maklumat Panel




Nama : Hani Nabila Binti Kamsani
No. Matrik : D20111047536
Asal : Selangor
Sekolah LM : Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sg Dua, Butterworth, Pulau Pinang

Tuesday, April 7, 2015

Kritis Peringkat Rendah

 Terdapat lima contoh pemikiran kritis peringkat rendah, iaitu :


Membanding dan membeza


Definisi : Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, idea berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Tujuan :
  • mempelajari dua atau lebih sesuatu perihal secara serentak
  • memahami sesuatu perihal dengan lebih jelas
  • membantu dalam membuat keputusan yang bijak
  • mengklasifikasi data
  • membuat generalisasi dan membina konsep
Langkah penggunaan :
  • Perhatikan dan beri perhatian kepada satu atau beberapa objek
  • Kenal pasti satu daripada ciri objek tersebut
  • Tentukan sama ada objek lain mempunyai ciri yang sama
  • Nyatakan ciri sama ada mempunyai persamaan atau perbezaan

M
engkategori / membuat klasifikasi


Definisi : Mengumpulkan maklumat dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri sepunya.

Tujuan :
  • Mengesan ciri sepunya
  • Menyusun mengikut ciri
  • Memudahkan pencarian maklumat 
  • Menerang mengikut kategori
  • Membuat analisis atau merangka untuk penulisan


Langkah penggunaan :
  • Tumpukan perhatian kepada item atau kosep secara menyeluruh 
  • Kenal pasti ciri

Menganalisis


Definisi : Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna tersirat.

Tujuan :
  • Mengenali bahagian-bahagian yang berkaitan
  • Memahami hubung kait antara bahagian dengan bahagian yang lain
  • Mengenali prinsip yang terlibat


Langkah penggunaan :
  • Tentukan pendapat atau kenyataan
  • Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci
  • Merenung semula pendapat atau andaian 
  • Membuat pernyataanyang telah diperbaiki dengan sokongan fakta


Menerang dan memberi alasan

Definisi : Menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab dan kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.

Tujuan :
·        Mencari pelbagai punca alasan sesuatu perkara berlaku
·        Memberi sebab sebenar bagi mengesahkan kemungkinan


Menyusun ikut susunan

Definisi : Keupayaan mengatur pekara mengikut susunan atau urutan yang betul.

Tujuan :
  • Memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan
  • Memudahkan cara penyimpanan dan pemerolehan maklumat


Langkah penggunaan :
  • Menentukan maklumat
  • Mengambil satu item sebagai asas
  • Mengambil item yang lain dan membandingkan dengan item sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat
  • Sekiranya lebih dekat kepada matlamat, letakkan di atas item asas, begitu juga sebaliknya.
  • Ulang semula langkah

Kemahiran Berfikir Kritis

Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran seseuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang utuh.

Definisi lain pemikiran kritis :

  • proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak
  • pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baharu
  • pentafsiran pengetahuan berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian
  • suatu kaedah penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif)
  • proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan

Kelebihan menggunakan kemahiran berfikir kritis :

  • mengumpul maklumat dalam jumlah yang banyak
  • membuat penilaian sesuatu idea
  • mempertingkat pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih efektif
  • membuat keputusan atau pilihan dengan tepat
  • membuat pertimbangan yang rasional

Ciri-ciri utama pemikiran kritis :

  • Reaktif  - gerak balas terhadap idea sedia ada (komen, kritikan dan ulasan)
  • Penilaian - menentukan kebolehpercayaan sesuatu idea (baik atau buruk)
  • Analisis - terperinci, objektif dan boleh difahami ( meneliti dengan lebih mendalam)
  • Logik - menaakul secara logik dan bersepadu dengan menggunakan andaian

Monday, April 6, 2015

Pengenalan Kemahiran Berfikir


Menurut Fraenkel (1980), 'berfikir' merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk yang tertentu. Meyer (1977) pula menyatakan, 'berfikir' melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, Beyer (1991) pula menyatakan bahawa 'berfikir' ialah sebuah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau alasan dan membuat penentuan.


Oleh hal yang demikian, 'berfikir' boleh diertikan sebagai sebuah proses membentuk idea atau konsep untuk menyelsaikan sesebuah masalah. Dalam kata lain, kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. 



Pada kebiasaannya, sekiranya seseorang individu menghadapi masalah, maka akan berlaku soal jawab dengan diri sendiri. Antara soalan yang mungkin ditanya ialah :
  1. Apakah masalah tersebut?
  2. Apakah kegunaannya?
  3. Bagaimanakah menggunakannya?
  4. Adakah ia memberi manfaat?
Apabila soalan-soalan muncul, maka individu tersebut dalam proses berfikir. Dalam mencari jawapan kepada soalan yang dinyatakan, individu tersebut akan menggunakan aspek-aspek berikut :
  1. Pengetahuan (apa yang individu tersebut tahu tentang masalah yang berlaku)
  2. Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang masalah)
  3. Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui masalah yang berlaku)

Dunia Baharu

Tanggal 14 Julai 2015 merupakan satu tarikh yang sangat bermakna bagi aku. Walaupun ini bukan kali pertama melangkah ke satu dunia yang berlainan, namun, tanggal ini sangat memberi erti sepanjang hidup aku bergelar mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tarikh ini merupakan tarikh di mana aku memulakan latihan mengajar (LM) di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Jauhnya !! Kenapa Pulau Pinang? Ramai yang tertanya sebab aku ialah anak jati Selangor.

Sebenarnya ini adalah pilihan terakhir dan semasa membuat keputusan tersebut, aku telah pun berbincang bersama suami tercinta (dah setahun pun perkahwinan kami) dan keluarga. Walaupun pada awalnya mereka agak meragukan keputusan aku (sebab aku anak manja), namun, setelah memberikan alasan dan berbincang secara mendalam, akhirnya mereka merelakan keputusanku.

Sekolah yang menjadi pilihan semasa LM semester lalu ialah SMK Desa Murni, Sg. Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Di sini, aku telah menjalani LM bersama rakan terbaik yang pernah aku miliki, iaitu Tinarenu AP Munisviran. Mesti ramai yang tak sangka kenapa rakan baikku berbangsa India. Sebenarnya, tiada alasan untuk ini sebab aku berasa serasi apabila bersamanya. Banyak kenangan kami sepanjang semester 1 hingga semester 6 di UPSI dan kenangan tersebut membuatkan kami menjadi rapat.


Pasangan saya semasa LM

Baik, berbalik semula kepada cerita tadi. SMK Desa Murni merupakan antara salah sebuah sekolah yang tertinggi di Malaysia. Hal ini kerana sekolah ini mempunyai sebuah blok bangunan yang tingginya 9 tingkat (ada lif ye), sebuah blok bangunan 5 tingkat dan sebuah blok bangunan 3 tingkat. Sekolah ini merupakan sekolah baharu kerana baru sahaja mula beroperasi pada tahun 2010. 


Bilangan guru pula hanya 7 orang dan seorang staf sokongan. Terkini, pada 2015, sekolah ini mempunyai seramai 45 orang kakitangan dan 4 orang staf sokongan. Dari segi infrastruktur, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan para pelajarnya. Pengetua terbaru sekolah ini ialah En. Juhari Bin Ahmad, dibantu oleh En. Zaini Bin Mat Zain (Penyelaras dan Penolong Kanan Pentadbiran), En. Rozaini Bin Kassim (Penolong Kanan HEM) dan En. Abd Rahman B Mohamad (Penolong Kanan Kokurikulum). 


Sekolah yang menjadi pilihan semasa LM