Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran seseuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang utuh.
Definisi lain pemikiran kritis :
- proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak
- pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baharu
- pentafsiran pengetahuan berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian
- suatu kaedah penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif)
- proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan
Kelebihan menggunakan kemahiran berfikir kritis :
- mengumpul maklumat dalam jumlah yang banyak
- membuat penilaian sesuatu idea
- mempertingkat pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih efektif
- membuat keputusan atau pilihan dengan tepat
- membuat pertimbangan yang rasional
Ciri-ciri utama pemikiran kritis :
- Reaktif - gerak balas terhadap idea sedia ada (komen, kritikan dan ulasan)
- Penilaian - menentukan kebolehpercayaan sesuatu idea (baik atau buruk)
- Analisis - terperinci, objektif dan boleh difahami ( meneliti dengan lebih mendalam)
- Logik - menaakul secara logik dan bersepadu dengan menggunakan andaian
No comments:
Post a Comment