Menurut Fraenkel
(1980), 'berfikir' merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk yang tertentu. Meyer (1977) pula menyatakan, 'berfikir' melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah.
Selain itu, Beyer (1991) pula menyatakan bahawa 'berfikir' ialah sebuah kebolehan
manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau alasan dan membuat penentuan.
Oleh hal yang demikian, 'berfikir' boleh diertikan sebagai sebuah proses membentuk idea atau konsep untuk
menyelsaikan sesebuah masalah. Dalam kata lain, kemahiran berfikir merupakan
proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
![]() |
Pada kebiasaannya, sekiranya seseorang individu menghadapi masalah, maka akan berlaku soal jawab dengan diri sendiri. Antara soalan yang mungkin ditanya ialah :
- Apakah masalah tersebut?
- Apakah kegunaannya?
- Bagaimanakah menggunakannya?
- Adakah ia memberi manfaat?
Apabila soalan-soalan muncul, maka individu tersebut dalam proses berfikir. Dalam mencari jawapan kepada soalan yang dinyatakan, individu tersebut akan menggunakan aspek-aspek berikut :
- Pengetahuan (apa yang individu tersebut tahu tentang masalah yang berlaku)
- Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang masalah)
- Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui masalah yang berlaku)
No comments:
Post a Comment