web widgets

Monday, April 6, 2015

Dunia Baharu

Tanggal 14 Julai 2015 merupakan satu tarikh yang sangat bermakna bagi aku. Walaupun ini bukan kali pertama melangkah ke satu dunia yang berlainan, namun, tanggal ini sangat memberi erti sepanjang hidup aku bergelar mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tarikh ini merupakan tarikh di mana aku memulakan latihan mengajar (LM) di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Jauhnya !! Kenapa Pulau Pinang? Ramai yang tertanya sebab aku ialah anak jati Selangor.

Sebenarnya ini adalah pilihan terakhir dan semasa membuat keputusan tersebut, aku telah pun berbincang bersama suami tercinta (dah setahun pun perkahwinan kami) dan keluarga. Walaupun pada awalnya mereka agak meragukan keputusan aku (sebab aku anak manja), namun, setelah memberikan alasan dan berbincang secara mendalam, akhirnya mereka merelakan keputusanku.

Sekolah yang menjadi pilihan semasa LM semester lalu ialah SMK Desa Murni, Sg. Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Di sini, aku telah menjalani LM bersama rakan terbaik yang pernah aku miliki, iaitu Tinarenu AP Munisviran. Mesti ramai yang tak sangka kenapa rakan baikku berbangsa India. Sebenarnya, tiada alasan untuk ini sebab aku berasa serasi apabila bersamanya. Banyak kenangan kami sepanjang semester 1 hingga semester 6 di UPSI dan kenangan tersebut membuatkan kami menjadi rapat.


Pasangan saya semasa LM

Baik, berbalik semula kepada cerita tadi. SMK Desa Murni merupakan antara salah sebuah sekolah yang tertinggi di Malaysia. Hal ini kerana sekolah ini mempunyai sebuah blok bangunan yang tingginya 9 tingkat (ada lif ye), sebuah blok bangunan 5 tingkat dan sebuah blok bangunan 3 tingkat. Sekolah ini merupakan sekolah baharu kerana baru sahaja mula beroperasi pada tahun 2010. 


Bilangan guru pula hanya 7 orang dan seorang staf sokongan. Terkini, pada 2015, sekolah ini mempunyai seramai 45 orang kakitangan dan 4 orang staf sokongan. Dari segi infrastruktur, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan para pelajarnya. Pengetua terbaru sekolah ini ialah En. Juhari Bin Ahmad, dibantu oleh En. Zaini Bin Mat Zain (Penyelaras dan Penolong Kanan Pentadbiran), En. Rozaini Bin Kassim (Penolong Kanan HEM) dan En. Abd Rahman B Mohamad (Penolong Kanan Kokurikulum). 


Sekolah yang menjadi pilihan semasa LM

No comments:

Post a Comment