Terdapat lima contoh pemikiran kritis peringkat rendah,
iaitu :
Membanding dan membeza
Definisi : Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek,
peristiwa, idea berdasarkan aspek-aspek tertentu.
Tujuan :
- mempelajari dua atau lebih
sesuatu perihal secara serentak
- memahami sesuatu perihal dengan
lebih jelas
- membantu dalam membuat
keputusan yang bijak
- mengklasifikasi data
- membuat generalisasi dan
membina konsep
Langkah penggunaan :
- Perhatikan dan beri perhatian kepada satu atau beberapa objek
- Kenal pasti satu daripada ciri objek tersebut
- Tentukan sama ada objek lain mempunyai ciri yang sama
- Nyatakan ciri sama ada mempunyai persamaan atau perbezaan
Definisi : Mengumpulkan maklumat dalam kumpulan atau kelas tertentu
mengikut ciri sepunya.
Tujuan :
- Mengesan ciri sepunya
- Menyusun mengikut ciri
- Memudahkan pencarian maklumat
- Menerang mengikut kategori
- Membuat analisis atau merangka untuk penulisan
Langkah penggunaan :
- Tumpukan perhatian kepada item atau kosep secara menyeluruh
- Kenal pasti ciri
Definisi : Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang
lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna
tersirat.
Tujuan :
- Mengenali bahagian-bahagian yang berkaitan
- Memahami hubung kait antara bahagian dengan bahagian yang lain
- Mengenali prinsip yang terlibat
Langkah penggunaan :
- Tentukan pendapat atau kenyataan
- Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci
- Merenung semula pendapat atau andaian
- Membuat pernyataanyang telah diperbaiki dengan sokongan fakta
Menerang dan memberi
alasan
Definisi : Menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab dan
kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.
Tujuan :
·
Mencari pelbagai punca alasan sesuatu perkara berlaku
·
Memberi sebab sebenar bagi mengesahkan kemungkinan
Menyusun ikut susunan
Definisi : Keupayaan mengatur pekara mengikut susunan atau urutan yang
betul.
Tujuan :
- Memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan
- Memudahkan cara penyimpanan dan pemerolehan maklumat
Langkah penggunaan :
- Menentukan maklumat
- Mengambil satu item sebagai asas
- Mengambil item yang lain dan membandingkan dengan item sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat
- Sekiranya lebih dekat kepada matlamat, letakkan di atas item asas, begitu juga sebaliknya.
- Ulang semula langkah
No comments:
Post a Comment